Sabtu, 9-12-2017 merupa hari hujung minggu bagi sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah bagi sesi persekolahan di Malaysia, namun bagi
Madrasah Hashimiah ia merupakan hari akhir bagi sesi persekolahan bagi setiap minggu. Uitm Shah Alam, kampus Puncak Alam menjadi tetamu pada hari Sabtu yang lalu bagi mengadakan program bersama-bersama pelajar madrasah. Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Casuarina yang berkonsep "Act of Kindness " dan merupakan program tanggungjawab sosial koperat (CSR) bagi setiap kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara.
|
Pelajar-pelajar madrasah sedang berbincang bersama pelajar Uitm |
|
Salah seorang pelajar Uitm tunjukan cara pengunaan kotak lipatan pakaian |
|
Penerangan ringkas dari wakil pelajar-pelajar Uitm |
Tepat pukul 8.15 minit pelajar-pelajar Uitm Puncak Alam tiba di
Madrasah Hashimiah, seramai 20 orang termasuk pensyarah pengiring Encik Hafizi dan pelajar di ketuai oleh Cik Aida selaku wakil dari Kolej Kediaman Casuarina, Uitm Puncak Alam. Program mula pada pukul 8.30 pagi selepas memberi taklimat ringkas dari wakli pelajar Uitm kepada pelajar-pelajar madrasah. Aktiviti di mulakan dengan pecahan beberapa kumpulan untuk memudahkan perjalanan program dalam kelompok yang kecil. Selepas pembahagian kumpulan, pelajar-pelajar Uitm akan berkongsi pengalaman belajar dan membuat perminan yang mencabar minda pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah.
|
Sesi perkongsian anatara pelajar Uitm dan pelajar Madrasah Hashimiah |
|
Salah seorang sukarelawan Uitm menunjuk cara kegunaan kotak lipatan |
|
Kesemua terlibat pelajar-pelajar madrasah |
Alhamdulillah penerimaan pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah sangat gembira dengan kehadiran pelajar-pelajar Uitm Puncak Alam, banyak yang dikongsikan mahasiswa-mahasiswi kepada pelajar-pelajar madrasah. Selepas sesi pertama selesai, sesi kedua menyusul dengan modul cara-cara melipat baju dengan lebih cepat dan teratur, terutama untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama madrasah dan boleh di pratiskan di rumah pelajar-pelajar madrasah yang tinggal di luar madrasah. Ia sangat mudah dan cepat dengan mengunakan beberapa kotak yang di buat dalam bentuk dan 4 segi tepat. Hanya dengan beberapa cara lipatan dengan betul dan siap untuk untuk beberapa helai, mengikut individu yang melakukan lipatan baju tersebut.
|
Antara kegembiraan yang di nantikan oleh pelajar-pelajar madrasah |
|
Selesai sesi modul lipatan kotak untuk pakaian |
|
Bersama sukarelawan pelajar-pelajar Uitm |
|
Antara pelajar-pelajar dan pensyarah Uitm Puncak Alam |
Selesai sesi yang ke dua, untuk sesi yang terakhir iaitu penyerahan sumbangan kepada Madrasah Hashimiah dari wakil Uitm Puncak Alam dan berakhir dalam pukul 10.40 pagi. Alhamdulillah kami dari
Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kolej Kediaman Casuarina, Uitm Puncak Alam atas kunjungan ke Madrasah Hashimiah. Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan
sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah