• Perpustakaan Mini Hadiah Buat Pelajar-Pelajar Madrasah Hashimiah


    Bak kata pepatah  ‘knowledge is power’. Pendidikan untuk anak anak adalah hak asasi mereka yang mesti kita penuhi(1) Oleh itu, saya ingin mengambil initiatif mewujudkan konsep perpustakaan mini bertempat di asrama perempuan Madrasah Hashimiah. Di atas sebab-sebab keselamatan dan juga permintaan ibu bapa, maka anak anak lebih selesa mengulangkaji di dalam kawasan asrama. Ia sangat membantu pelajar-pelajar, terutama yang tinggal di asrama kerana mereka mempunyai masa untuk ulang kaji bersama-sama pelajar yang tinggal di asrama.

    Antara buku-buku didalam rak perpustakaan mini
    Tekun dalam menelaah buku buku yang diberikan 
    Perpustakaan mini ini dilengkapi dengan buku buku cerita berbahasa Inggeris. Disebabkan anak-anak hanya berpeluang menghadiri kelas Inggeris selama satu jam seminggu, progress mereka agak perlahan. Oleh itu, saya mahu merealisasikan konsep ini supaya mereka boleh mengulangkaji bersama sukarelawan dan juga teman teman mereka diwaktu lapang dan di hari minggu. Saya juga mahu mendidik anak anak dalam konsep setiakawan, dimana mereka boleh tolong menolong sesama sendiri didalam matapelajaran ini dan dalam waktu yang sama dapat meningkatkan tahap kecekapan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah.

    Pelajar-pelajar suka membaca buku-buku yang disediakan. 
    Jutaan terima kasih saya ucapkan buat penderma penderma perpustakaan mini ini. Saya amat berharap agar perpustakaan ini akan menjadi lebih pelbagai dengan lebih banyak bahan bacaan. Semoga dengan initiatif ini, sukarelawan sukarelawan akan maju ke hadapan dan memperuntukkan masa lapang mereka untuk anak anak ini. Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Elna Abdul Wahab
    Pelajar Internship Kindness Malaysia
    Centre for Human Rights Education
    Curtin University, Australia