• Inovasi Sosial Dalam Meringankan Beban Kewangan Madrasah Hashimiah


    Kewangan merupakan salah satu nadi utama, dalam arus kehidupan bagi individu mahupun komuniti besar untuk meneruskan kelancaran sistem kewangan. Keuntuhan kewangan merupakan penanda aras bagi sesuatu pertubuhan itu berjaya dalam menguruskan sistem kewangan. Madrasah Hashimiah juga menghadapi cabaran apabila melibatkan pengumpulan dana pada bulan-bulan biasa selain bulan Ramadhan. Ia juga sama seperti rumah-rumah kebajikan, anak yatim dan asnaf yang mengalami kesukaran mencari dana untuk menampung operasi harian. 

    Dalam kesulitan yang ditempuh Madrasah Hashmiah, rakan yang menguruskan pengurusan pejabat madrasah iaitu Kindness Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu uruskan kelancaran pengurusan pejabat. Sukarelawan-sukarelawan Kindness Malaysia telah berkumpul untuk berkongsi idea untuk membantu Madrasah Hashimiah, beberapa idea telah dikongsikan dan salah satunya ialah konsep kutu akhirat.

    Buku-buku untuk pelajaran Bahasa Melayu dari Kutu Akhirat
    Mesin air sejuk dan panas untuk kegunaan pelajar dan tenaga pengajar dari sumbangan Kutu Akhirat
    Mesin penyejuk beku untuk simpanan makanan basah yang disumbangkan dari Kutu Akhirat
    Kutu akhirat ialah salah satu inovasi sosial yang diperkenalkan oleh Kindness Malaysia untuk Madrasah Hashimiah, yang sebanyak sedikit membantu madrasah dalam pengunaan dana kewangan untuk membeli barang-barang kegunaan Madrasah Hashimiah. Ia dana pengumpulan untuk kecemasan yang digunakan untuk kemudahan yang diperlukan oleh madrasah. Kutu akhirat ini di uruskan oleh sukarelawan Kindness Malaysia yang menguruskan pencarian donor ahli kutu, membuat kemaskini antara donor kutu akhirat dan update hasil sumbangan donor dan pembuktian pembelian barang melalui gambar resit dan barang yang dibeli untuk kegunaan Madrasah Hashimiah. Antar barang-barang yang telah disumbang oleh donor-donor kutu akhirat seperti mesin air sejuk dan panas, peti penyejuk beku, mesin pencetak, papan tanda kelas dan pejabat, buku latihan bahasa melayu, dua set komputer dan yang terbaru penyedut habuk untuk kegunaan madrasah. 

    Mesin pencetak untuk kegunaan pelajar dan pejabat madrasah antara sumbangan terawal dari Kutu Akhirat
    Dua biji CPU untuk kegunaan kelas komputer sumbangan Kutu Akhirat
    Penyedut habuk untuk kegunaan ruang kelas pelajar dan pejabat sumbangan dari Kutu Akhirat
    Alhamdulilah dengan adanya kutu akhirat ini, ia dapat membantu Madrasah Hashimiah dalam meminima kos pengunaan dana madrasah dan dapat memberi penderma-penderma menambah saham akhirat bagi kehidupan di alam akhirat. Seperti dalam hadis al-Tabrani no 5787: 
    " Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain". 

    Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun- 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah