Setiap sekolah atau madrasah mempunyai cara sukatan berbeza yang mengikut silibus-silibus yang ditetapkan oleh sekolah atau madrasah itu sendiri.
Madrasah Hashimiah juga mempunyai cara sendiri untuk pelajar-pelajar yang berlajar di madrasah ini. Setiap tahun, madrasah ini mengadakan ujian atau peperiksaan sebnyak 3 kali untuk menentukan tahap pelajar-pelajar mengikut pencapaian dalam setiap ujian tersebut. Di madrasah ini mempunyai subjek agama dan akademik untuk pelajar-pelajar pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim, anak yatim serta asnaf.
|
Pelajar-pelajar menduduki peperiksaan kelas agama |
|
Ustaz jemputan dari luar mendengar bacaan Sajan |
|
Salah seorang murid Madrasah yang memakai kaki palsu |
31-12-2017, hari Ahad yang lalu
Madrasah Hashimiah telah menjemput ustaz-ustaz dari luar seramai 40 orang untuk menjadi juri bacaan Al-Quran bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Dari permulaan surah Al-Fatihah hingga akhir Al-Quran secara hafazan. Peperiksaan bermula pukul 8 pagi yang di mulakan dengan ucapan ringkas Pengetua Al-Hafiz Hashim Bin Kassim dan Pengerusi En Muhammad Bin Kamarulazizi serta doa untuk permulaan peperiksaaan agama. Setiap ustaz yang mendengar bacaan pelajar akan di berikan nama pelajar dan akan memberi markah melalui pembacaan mengikut tajwid yang betul melalui sebutan dan hafalan Al-Quran.
|
Pelajar perempuan turut terlibat dalam peperiksaan |
|
Hussien dan Iqbal sedang membaca hafazan Al-Quran |
|
En Muhammad juga antara yang memberi markah kepada pelajar-pelajar |
Peperiksaan berlansung selama 4 jam, yang setiap ustaz akan diberikan 3-4 pelajar untuk mendengar hafazan pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah. Setiap pelajar diberi masa yang yang ditetapkan oleh pihak madrasah. Kebanyakan pelajar-pelajar teruja dalam waktu yang sama mereka merasa gemuruh kerana peperiksaan ini penanda aras bagi tahap dan kemampuan pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan memperbaiki bacaan dengan lebih lancar dan tajwid dengan betul.
|
En Muhammad dan Ustaz Hashim memberi penerangan ringkas |
|
Ustaz jemputan menerima cenderahati dari dermawan yang baik hati |
Alhamdulillah pada dermawan-dermawan yang baik hati kerana sudi menaja cenderahati yang diberikan kepada ustaz-ustaz jemputan dari pelbagai tempat untuk datang ke
Madrasah Hashimiah demi tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar madrasah. Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun
CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah