• Fokus Dan Kesungguhan Pelajar-Pelajar Madrasah Hashimiah


    Madrasah hashimiah merupakan sebuah sekolah yang memberi peluang kepada anak-anak pelarian rohingya dan myanmar muslim untuk menuntut ilmu agama dan akademik. Seawal umur 4 tahun dibenarkan mengikuti sistem pembelajaran di Madrasah Hashimiah. Sistem pendidikan yang berteraskan tahfiz al-quran telah melahirkan beberapa orang hafiz dan hafizah. Subjek- subjek akademik juga turut di ajar bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan masyarakat luar dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.

    Madrasah Hashimiah pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Madrasah Hashimiah pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Kesungguhan anak-anak ini menuntut ilmu di Madrasah Hashimiah perlu di kagumi. Mereka perlu bangun awal pagi dan bersiap untuk ke sekolah tanpa perlu di suruh telah bersiap sedia di dalam kelas menanti guru untuk pembelajaran. Mereka tidak merungut dengan kemudahan yang tidak lengkap malahan tetap tersenyum dan bersemangat menuntut ilmu di Madrasah Hashimiah walaupun terpaksa duduk di lantai. Kecekalan hati anak-anak ini dalam menuntut ilmu walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan perlu di contohi oleh kita semua yang hidup dengan serba lengkap. Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.


    Madrasah Hashimiah pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Madrasah Hashimiah pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah