• Pasukan Futsal Madrasah Hashimiah


    Setiap tahun Madrasah Hashimiah akan menyertai petandingan Futsal Piala Kindness yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan iaitu Kindness Malaysia. Pertandingan ini akan mengumpulkan anak-anak yatim, asnaf, pusat tahfiz, masyarakat orang asli dan  pelarian sebagai tetamu VVIP. Pertandingan futsal ini diadakan bagi meraikan anak-anak ini dalam masa yang sama dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Setiap rumah kebajikan akan menghantar pasukan futsal sama ada satu atau lebih bergantung kepada rumah kebajikan tersebut. Madrasah Hashimiah telah menghantar satu pasukan lelaki ke pertandingan futsal untuk tahun ini. Besar harapan anak-anak Madrasah Hashimiah untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan futsal tahun ini. 



    Futsal Piala Kindness 2016
    Pelajar-pelajar yang mewakili pasukan Madrasah Hashimiah seramai sepuluh orang, terdiri daripada pelajar yang berumur 17 tahun ke bawah. Setiap pelajar madrasah mempunyai kekuatan yang tersendiri dan gabungan kesemuanya menjadi satu kekuatan besar dalam pasukan Madrasah Hashimiah. Pelajar-pelajar akan mengadakan latihan sebanyak 5 kali seminggu pada sebelah petang selepas sesi persekolahan. Hal ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar ini bersungguh dalam misi kemenangan Futsal Piala Kindness 2018. Dalam memburu kemenangan, faktor peralatan dan kemudahan pasukan juga memainkan peranan penting untuk satu pasukan. Pelajar-pelajar madrasah memerlukan peralatan yang baru seperti jirsey, kasut futsal, sarung tangan penjaga gol dan bola untuk latihan futsal bagi memantapkan lagi pasukan mereka.
    Sehubungan itu, peluang untuk menaja peralatan dan keperluan sukan bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah di buka. Berikut adalah keperluan yang diperlukan oleh pasukan ini:


                          Jersi Pasukan                        : 10 orang (telah ditaja)
                          Kasut Futsal                         : 10 orang ( RM 100 x 10)
                          Sarung Tangan Penjaga Gol : 1 pasang (RM50)
                          Bola Futsal                           : 2 biji ( RM 100 )

    Besarlah harapan kami agar pasukan Madrasah Hashimiah dapat bermain dengan selesa dengan kelengkapan yang baru. Kepada yang bermurah hati untuk menaja kelengkapan tersebut, boleh dilakukan  dalam bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah