• Ibadah Korban Madrasah Hashimiah 2018


    Ibadah qurban merupakan ibadah  yang dituntut oleh umat islam, terutama bagi yang berkemampuan untuk melakukan ibadah korban seperti dari hadis baginda Rasululullah s.a.w yang bermaksud:

    “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binantang korban), kerana ia (binatang Korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah Korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan.” ( Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi )

    En Amir dari sukerelawan Kindness Malaysia untuk pendaftaran
    Alhamdulillah tahun ini Madrasah Hashimiah membuka peluang untuk orang ramai sertai qurban lagi bersama anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah. Satu bahagian lembu ialah RM800, dan seekor lembu saiz sedang besar ialah RM5600. Tujuan Madrasah Hashimiah mengambil lembu saiz  sedang besar ini supaya jumlah daging yang diperoleh itu juga banyak dan dapat disimpan untuk makanan harian anak-anak kami di sini. Bagi yang ingin sedekah sahaja juga boleh. InsyaAllah kita akan beli seekor lembu yang besar juga yang berharga RM11000. Untuk sedekah qurban ini, sebarang jumlah juga dialu-alukan.

    Keluarga asnaf antara penerima daging korban 
    Selain itu, ibadah korban merupakan ibadah yang paling Allah sukai di hari Aidil Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Ibadah ini mengandungi banyak hikmah antaranya ia merupakan  satu tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmatnya yang tidak terkira, dan sebagai kaffarah (penutup) dosa-dosa. Selain itu, ibadah ini dapat mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim as yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesediaan hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu ia dapat melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah serta melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.  



    Semoga dengan usaha ini, anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah dapat menikmati daging qurban tempatan yang segar sebagai makanan harian mereka nanti. Allah sahaja yang dapat balas jasa baik semua.


    Kegembiraan serta syukur pada riak wajah anak-anak Madrasah Hashimiah

    Besarlah harapan kami agar ibadah qurban tahun ini dapat membantu anak-anak Madrasah Hashimiah. Kepada yang bermurah hati untuk menaja qurban ini, boleh dilakukan melalui akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah