Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat
|
Ustaz Hashim memberi kata kata semangat kepada pelajar-pelajar |
Pada 14/7/2018 (Sabtu) yang lalu, 12 pelajar dan 2 guru pengiring dari
Madrasah Hashimiah telah berkunjung di perkarangan padang SJK Jinjang Selatan dalam acara sukan balapan seperti 4x100m, 100m dan 200m bagi lelaki dan perempuan. Sukan ini dianjurkan oleh UNHCR dengan kerjasama NGO Tzu Chi dan Sekolah Komuniti Harmoni. Impak positif penglibatan sukan kepada pelajar madrasah ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
|
Azmin dalam acara 100m |
Pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah memenangi acara 100m lelaki dan 4x100m lelaki dengan kilauan pingat emasdan manakala pelajar-pelajar perempuan kurang bernasib baik. Dalam masa yang sama perpaduan masyarakat dengan pelajar pelajar pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya boleh dipupuk menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan pasukan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira warga tempatan mahupun pelajar-pelajar pelarian. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan ukhwah yang baik. Lantaran itu, semua cabaran pelajar-pelajar pelarian akan lebih mudah diharungi kerana hubungan yang baik sesema warga tempatan melalui hasil aktiviti sukan yang murni itu.
|
Ustaz Hashim diberi penghargaan dalam memberi pingat kepada pemenang |
Bilal juara dalam acara 200m
Oleh itu, semua kebaikan sukan memang boleh terserlah apabila sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat. Moga
Madrasah Hashimiah terus berjaya lahirkan insan insan yang hebat dari shasiah jiwa agama, minda akademik dan pendidikan fizikal yang jitu. Terima kasih kedapa pemderma-pemderma yang baik hati kerana terus menyokong Madrasah Hashimiah.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah