• Ibadah Qurban Ibadah Berkongsi Kegembiraan Bersama Anak Yatim Pelarian Madrasah Hashimiah



    Pada setiap 10 Zulhijah iaitu hari Rabu (22-8-2018) pada tahun ini, umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha iaitu satu lagi hari kebesaran dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah, kita dapat menyambut perayaan ini dalam keadaan aman damai serta rezeki yang melimpah ruah dalam negara tercinta ini. Semoga Allah memelihara nikmat dan keamanan yang kita kecapi ini.

    Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban”. (riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim). Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijah iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah). Madrasah Hashimiah juga terlibat dengan ibadah qurban pada tahun ini, alhamdulillah ada sumbangan sedekah qurban untuk madrasah pada tahun ini. Tahun ini kita cuba mencari lembu yang lebih untuk diberikan kepada keluarga-keluarga asnaf sekitar madrasah. InsyaAllah tahun ini kita akan membantu dalam 450-500 keluarga asnaf bagi berkongsi kegembiraan Raya Qurban tahun ini.

    Lembu untuk sedekah qurban 
    Dalam kemeriahan melakukan ibadat korban, ia disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain. Madrasah Hashimiah menerima sumbangan dan sedekah daging qurban yang dilakukan di masjid atau surau di sekitar lembah Klang dan waktu paling gembira ialah masa terima daging qurban di Aidiladha. Anak-anak Madrasah Hashimiah julung kali dapat menikmati daging segar tempatan. Dalam masa yang sama, daging qurban akan menjadi bekalan makanan mentah untuk anak-anak Madrasah Hashimiah dalam satu jangka masa.
    Lembuh untuk ibadah qurban 
    Oleh itu jika ada masjid atau surau yang tidak tahu dimana untuk salurkan daging qurban yang berlebihan, boleh hantarkannya terus ke Madrasah Hashimiah di alamat 111-3, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Kuala Lumpur. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh menghubungi Fazlan (pembantu tadbir) di talian 018-288 2754, Ustaz Hashim (pengetua) 019-262 1671 dan no pejabat 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir
    Madrasah Hashimiah