• Terima Kasih Dermawan-Dermawan Qurban 2018


    Alhamdulillah dan syukur pada Allah S.W.T atas limpahan dan kurniaan rezeki diwaktu yang diperlukan oleh Madrasah Hashimiah. Hari Raya Qurban sudah selesai pada hari Rabu( 22-8-2018) dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan-dermawan yang Allah S.W.T hadirkan untuk membantu anak-anak madrasah untuk menaja ibadah Qurban pada tahun ini.

    Sukarelawan Al Magrib bersama anak-anak Madrasah Hashimiah
    Ustaz Hashim memberi daging qurban untuk anak-anak asnaf
    Penerima daging qurban di Madrasah Hashimiah
    Untuk Qurban tahun ini, Madrasah Hashimiah menerima 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing yang mana pemderma pemderma yang baik hati untuk menjalankan ibadah qurban di Madrasah Hashimiah. hampir 500 keluarga dapat diberikan daging qurban yang dilakukan di madrasah dan anak anak madrasah dapat merasa daging yang segar dan sihat kerana lembu-lembu yang diqurban di madrasah adalah lembu yang cukup sifat dan sihat untuk diqurbankan. Ia dipantau oleh Ustaz Hashim sendiri dan yang menyembelih juga adalah ustaz Hashim sendiri. 

    Sumbanagn qurban dari NGO Helping Hand For Relief & Development 

    Sukerelawan komuniti Myanmar Muslim turut membantu qurban 
    Selepas qurban tetamu dan anak-anak madrasah akan dijamu kari daging lazat
    Oleh itu, Madrasah Hashimiah mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan-dermawan yang baik hati dalam berkongsi rezeki dengan anak anak madrasah dan keluarga miskin asnaf, insyaAllah pada Qurban 2019 akan lebih banyak mamfaat yang boleh di kongsi bersama anak-anak Madrasah Hashimiah dan keluarga miskin dan asnaf di sekitar Selayang. Moga Allah S.W.T dapat membalas jasa baik pada dermawan-dermawan yang baik hati dalam mengambil bahagian qurban dan sedekah qurban untuk Madrasah Hashimiah.

    Allah S.W.T berfirman dalam surah An-Noor 24;38
    ( Mereka mengerjakan yang sedemikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka( drngan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.



    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah