• Majlis Tahlil Arwah Ayah Ustaz Hashim


    Allah S.W.T berfirman dalam surah Yunus 10:49
    Katakanlah; " Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T". Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).

    Madrasah Hashimiah telah mendapat khabar berita sedih dan memberi kesan kepada anak-anak madrasah, terutama Ustaz Hashim yang mendapat khabar berita tentang pemergian ayah ustaz yang dikasihi mengadap Ilahi selepas solat Jumaat (7-9-2018) akibat sakit tua. Kesedihan itu dirasai seluruh keluarga Madrasah Hashimiah kerana madrasah ini terdiri dari doa arwah ayah Ustaz Hashim untuk Ustaz Hashim supaya menabur bakti di tempat mencari rezeki, di Selayang. 

    Majlis bacaan tahlil arwah ayah Ustaz Hashim
    Tazkhirah dari kawan Ustaz Hashim 
    Anak-anak dan ibu bapa terlibat dalam majlis tahlil
    Pada esok hari, Sabtu(8-9-2018) Ustaz Hashim mengadakan tahlil arwah ayah ustaz dalam waktu 4.00 petang. Semua anak-anak dan ibu bapa datang untuk sama-sama terlibat dalam majlis tahlil di Madrasah Hashimiah. Selepas tahlil dan baca Yasin, ada tazkhirah dari kawan kepada Ustaz Hashim untuk memeringatkan tentang kematian akan datang pada semua makluk di muka bumi ini. Selesai tazkhirah dari ustaz dan diselesaikan dengan doa untuk arwah ayah Ustaz Hashim dan anak-anak di Madrasah Hashimiah. 

    Selesai tahlil, tetamu dijamu makanan yang disediakan oleh madrasah

    Selesai tahlil dan doa selamat, tetamu dijamu makanan yang telah disediakan oleh Ustaz Hashim yang datang bersama-sama dalam majlis tahlil dan doa selamat di Madrasah Hashimiah. Moga arwah ayah Ustaz Hashim bersama para-para solehin dan di tempatkan syurga Firdausi. InsyaAllah segala amal kebaikan yang diusahakan Ustaz Hashim dalam membangunkan Madrasah Hashimiah, akan mengalir pahala di sisi arwah ayah ustaz. 

    Seperti yang Baginda Rasulullah S.A,W bersabda:
    Dari jalur Abu Huhairah: " Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga pekara iaitu; sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh". ( Hadis Riwayat Muslim) 


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir 
    Madrasah Hashimiah