• Madrasah Hashimiah Riadah Di Kidzania


    Pada 25 Oktober 2018, pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah berpeluang untuk mengunjugi dan beriadah di Kidzania Kuala Lumpur. Hasil daripada tajaan daripada pihak NGO Hub dan Pengurusan Kidzania sendiri dapat mengembirakan hati pelajar-pelajar serta mendapat pengalaman yang manis di Kidzania. Seperti yang kita sedia maklum, Kidzania  yang terletak di Mutiara Damansara, Selangor merupakan sebuah tempat untuk memenuhi impian dan keinginan kanak-kanak untuk merasai pengalaman sebenar sebagai orang dewasa. Mereka berpeluang untuk melakukan dan  menceburi bidang atau pekerjaan seperti dunia sebenar. Mereka perlu bekerja mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bagaimana untuk mengunakan duit yang diperoleh. Secara tidak langsung mereka dapat belajar serba sedikit mengenai pengurusan wang dan realiti kehidupan yang sebenar.

    Pengurusan Kidzania memberi penerangan
    Pelajar-pelajar madrasah melakukan kerja buruh kasar
    Pelajar-pelajar perempuan belajar untuk memasak
    Seawal jam 9 pagi pelajar telah berkumpul di hadapan sekolah untuk menaiki bas ke Kidzania. Seramai 85 pelajar dan 15 guru-guru serta sukerelawan Kindness Malaysia turut serta dalam program riadah ke Kidzania. Mereka sangat gembira untuk ke sana. Setibanya di sana, sukarelawan sudah menunggu untuk menguruskan urusan pendaftaran masuk pelajar-pelajar ke dalam dunia Kidzania. Ternyata mereka sangat gembira menjalani aktiviti-aktiviti di sana.  

    Setelah bekerja dan mendapat gaji 
    Alhamdulillah dan terima kasih untuk burger yang sedap



    Mereka mencuba semua pekerjaan seperti menjadi ahli bomba, polis, bekerja di restauran makanan dan bekerja sebagai tukang cat. Sekiranya mereka bekerja, mereka akan memperolehi duit Kidzania sebagai gaji. Mereka juga boleh berbelanja duit tersebut untuk masuk kelas belajar, membeli barang di pasar raya atau dikenakan denda atas kesalahan yang dilakukan. Seperti dunia sebenar, mereka juga dapat pengalaman untuk mendapatkan lesen memandu dan boleh memandu kereta di atas jalan raya di dunia Kidzania. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh oleh kanak-kanak yang mengikuti aktiviti di Kidzania. 




    Pelajar-pelajar menikmati makanan ditaja dermawan baik hati
    Acara penutup bagi riadah di Kidzania, 
    Pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah yang berpeluang untuk menyertai aktiviti riadah di Kidzania amat bertuah untuk merasainya. Berharap agar mereka dapat menjadikan pengalaman dan peluang yang di peroleh di Kidzania menjadi kenangan manis dan pengajaran hidup di dunia sebenar. Semoga lebih ramai lagi dermawan-dermawan yang baik hati untuk membawa dan menaja pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah untuk ke tempat riadah yang banyak di dalam dan di luar Kuala Lumpur.
    Seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah 5:85
    " Maka Allah memberi mereka pahala, syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Itu balasan bagi orang-orang berbuat kebaikan."

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashmiah