Seawal 4.30 pagi anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang tinggal di asrama
Madrasah Hashmiah, ini bangun awal untuk persiapan untuk solat subuh dan sesi persekolahan. Peljar asrama terdiri dari 70 pelajar termasuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar-pelajar ini terdiri dari anak-anak yatim pelarian rohingya dan Myanmar Muslim dan bagi yang keluar yang jauh dari Kuala Lumpur seperti Pulau Pinang, Melaka dan Perak akan di tempatkan dalam asrama dan bersekolah di Madrasah Hashimiah.
|
Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim baca surah Yasin |
|
Selesai bacaan solat Subuh, anak-anak bertadabur Al-Quran |
Rutin setiap hari anak anak yang tinggal di asrama sebelum kelas agama bermula, anak-anak akan bagun pagi dan mandi untuk bersiap-siap untuk solat subuh berjemaah yang di imamkan oleh ustaz-ustaz atau abang-abang yang lebih tua di asrama
Madrasah Hashimiah. Selesai mandi dan bersiap siap, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan menbaca surah Yasin dan berdoa kepada seluruh dermawan-dermawan yang baik hati dalam membantu dengan menyumbang melalui kewangan dan keperluan makanan, peralatan pembelajaran dan kelangsungan pendidikan Madrasah Hashimiah dengan iringan doa agar Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk donor-donar sentiasa membantu perjalanan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di
Madrasah Hashimiah.
|
Turut bersama-sama ustaz-ustaz yang juga penjaga di Madrasah Hashimiah |
|
Bacaan doa di pimpin oleh Ustaz Khadal bersam anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim |
Selesai membaca yasin dan doa selamat, anak-anak akan teruskan solat subuh secara berjemaah dan selesai solat anak-anak akan bertadabur Al-Quran sehingga pukul 7 pagi dan bersiap untuk sarapan yang disediakan oleh tukang masak. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun
CIMB Bank, nombor akaun -
8600202864 (
Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank -
562151419729 (Madrasah Hashimiah). Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online sperti Tesco online dan akami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi
Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu
Ustaz Hashim Bin Kassim di talian
019-262 1671 dan
Pejabat Madrash Hashimiah di talian
018-288 2754 atau
03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah