Hari ini anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim,
Madrasah Hashimiah menerima kunjungan dari seberang laut. Sekolah Menengah Pertama (SMP) Islam Ar-Rudho dari Jakarta, Indonesia yang datang ziarah anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di
Madrasah Hashimiah. Rombongan sampai di madrasah dalam pukul 9.30 pagi, yang di wakili seramai 80 orang termasuk 8 guru pengiring dan 72 pelajar-pelajar sekolah menengah pertama. Sebelum ini rombongan telah pergi ke madrasah di Narathiwat, Thailand dan Singapura untuk melengkapkan program ziarah di 3 negara yang bermula 14/12/2018 hingga 16/11/2018 iaitu Sabtu dan pulang ke Jakarta, Indonesia.
|
Persembahan dari SMP Islam Ar-Rudho untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya |
|
Perkongsian maklumat dari En Arif kepada anak-anak yatim perlarian Rohingya |
Alhamdulillah, kedatangngan rombongan ini banyak memberi kesan positif kepada anak-anak yatim pelarian Rohigya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah lebih berdaya saing antara satu sama lain, terutama dalam pembelajaran Al-Quran dan akademik. Banyak perkongsian yang di lakukan antara pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Pertama (SMP) Islam Ar-Rudho dengan anak-anak Madrasah Hashimiah. Antara pekara yang di kongsikan sistem pembelajaran di madrasah, kehidupan anak-anak madrasah dan macam mana nak cari dana dan bertahan dalam satu tempoh yang lama untuk sebuah sekolah atau madrasah pelarian anak yatim Rohingya dan Myanmar Muslim di Malaysia. Banyak ilmu dapat dikongsi bersama-sama antara
Madrasah Hashimiah dan Sekolah Menengah Pertama Islam Ar-Rudho yang boleh di implikasikan dalam sistem pembelajaran madrasah dan sekolah.
|
Sebahagian pelajar-pelajar SMP Islam Ar-Rudho |
|
Sesi bergambar bersama-sama SMP Islam Ar-Rudho dan anak-anak Madrasah Hashimiah |
Akhir kata terima kasih kepada Sekolah Menengah Pertama Islam Ar-Rudho yang sudi datang ziarah
Madrasah Hashimiah untuk melihat anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang tidak putus asa dalam mencari ilmu agama dan akademik , walaupun serba kekurangan berbanding sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih atas ziarah dan pemberian sumbangan dari Sekolah Menengah Pertama Islam Ar-Rudho untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah.
Kepada yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Bagi yang berminat untuk menghantar barang, zirah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah