• Terima Kasih Pengurusan Rangkaian Kedai Serbaneka 7-Eleven Malaysia


    Pada hari Khamis (22-11-2018 ) yang lalu, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh pengurusan rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd bagi menyerahkan sumbangan makanan kering gula, minyak, susu tepung susu pekat manis dan beberapa barangan keperluan yang lain. 

    Sumbangan dari 7-Eleven Malaysia untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
    Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengurusan rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd atas sumbngan yang diberikan pada Madrasah Hashimiah. Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim amat gembira dengan sumbangan yang diberikan. Sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan kos pembelajaan untuk anak anak Madrasah Hashimiah. 

    Apabila rezeki yang dikongsikan terutama dengan anak anak yatim akan dapat ganjaran dari Allah S.W.T seperti dalam Al-Quran: ayat Al-Baqarah 2:215 
    Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah; "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang yang sedang perjalanan". Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya. 

    Wakil pengurusan 7-Eleven Malaysia 
    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). 

    Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online sperti Tesco online dan akami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah