Setiap rumah kebajiakan, sekolah komuniti, madrasah sama ada lokal mahupun untuk anak anak pelarian, makanan harian antara masalah yang akan di hadap oleh rumah-rumah kebajian, sekolah komuniti dan madrasah kerana ia bergantung 100 peratus dari sumbangan orang ramai.
Madrasah Hashimiah juga tidak terkecuali dalam masalah kekurangan makanan harian apabila stok makanan basah dan makanan kering habis untuk menanggung pelajar-pelajar seramai 210 dan 70 pelajar dari itu tinggal di asrama.
|
Makanan basah anak-anak pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah |
|
Makanan basah yang tinggal dalam freezer Madrasah Hashimiah |
Anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di
Madrasah Hashimiah merupakan pelajar tahfiz Al-Quran dan akademik di sebelah petang yang terdiri dari anak yatim, miskin dan asnaf. Setiap hari anak-anak madrasah akan makan 3 kali sehari. Jadual makan anak-anak madrasah dan stok makanan semakin kurang seperti di bawah:
Makanan basah
Daging beku [ 60 kg seminggu ]
Ayan mentah [ 15 ekor seminggu ]
Ikan [100 ekor sehari]
Udang [ Bonus untuk anak anak madrasah]
Telur [5 papan seminggu]
Makanan Kering
Minyak masak [ 40kg seminggu]
Susu tepung [apa-apa jenama ]
Milo
Gula
Garam
Serbuk kari daging & ayam [jenama Babas]
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk kunyit [jenama Babas]
Halia
|
Stor simpanan makanan kering untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah |
Jika makanan semakin berkurangan , anak anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah akan mendapat kesan dalam pembelajaran kerana hilang fokus dalam kelas akibat kekurangan nutrisi dalam badan. Oleh itu, diharap dermawan-dermawan yang baik hati dapat membantu Madrasah Hashimiah melalui sumbangan wang ringgit dan berbentuk barangan.
Kepada yang bermurah hati untuk menaja makanan basah dan kering, boleh dilakukan melalui akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Bagi yang berminat untuk menghantar barang, zirah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah