• Tajaan Bantal dan Selimut Untuk Anak Anak Pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah



    Fokus merupakan satu kaedah yang diperlukan bagi seorang pekerja mahu pun seorang pelajar. Bagi golongan pelajar, fokus adalah penting dalam kelas terutama sewaktu guru memberi penerangan subjek dalam sesebuah kelas. Salah satu sebab pelajar tidak focus adalah kerana kurang tidur, maka badan dan otak tidak dapat rehat dengan cara yang betul. Ia berlaku sama ada tempat tidur atau batal dan selimut sudah lama diguna pakai dalam waktu yang lama. Begitu juga yang berlaku di Madrasah Hashimiah kerana pelajar-pelajar memerlukan masa tidur yang mengcukupi antara 6-8 jam sehari. 


    Harga bantal untuk anak-anak pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah
    Harga bantal untuk anak-anak pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah
    Pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah memerlukan bantal dan tilam atau toto yang baru kerana sudah lama diguna dan masih belum dapat tukar yang baru. Ini dapat membantu pelajar-pelajar dapat tidur dengan lebih selesa walaupun dalam kekurangan. Ia sangat membantu pelajar-pelajar fokus dalam kelas, terutama waktu kelas Al-Quran kerana perlu fokus untuk hafalan mahupun bacaan dengan tajwid yang betul. Pelajar pelajar akan rasa selesa dan tidak sakit kepala, badan sewaktu tidur dengan bantal dan toto yang baru. Keperluan untuk bantal dan toto di Madrasah Hashimiah adalah sebanyak 30 set bantal dan toto yang baru untuk mengantikan yang lama.

    30 set bantal baru
    30 set toto/tilam baru

    Harga toto untuk anak-anak pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah

    Harga toto untuk anak-anak pelarian Rohingya Madrasah Hashimiah
    Oleh itu, Madrasah Hashimiah sangat mengalukan dermawan-dermawan yang baik hati untuk menaja 30 set bantal dan toto baru demi menganti yang lama. Ia dapat membantu fokus pelajar-pelajar dalam kelas agama dan akademik. Pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah