"Bahasa melambangkan bangsa". Satu pepatah lama yang penuh makna dalam pengenalan bangsa yang bertamadun dalam kepelbagaian bahasa. Bahasa yang mencerminkan sesuatu bangsa, erti kata setiap bangsa yang berada di bumi Allah S.W.T ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Ia amat penting dalam arus yang serba maju dan moden, jika sesuatu bangsa dapat menguasai lebih dari 2 bahasa maka ia satu pencapaian yang baik dalam arus kehidupan. Alhamdulillah,
Madrasah Hashimiah yang menempatkan anan-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim ini diberi peluang untuk menambah ilmu yang baru. Ilmu baru yang di pelajari ialah bahasa Cina, yang di ajar oleh sukarelawan Tzu Chi yang mempunyai latar belakang pendidik di sekolah awam Malaysia.
|
Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim fokus dalam kelas |
|
Pendedahkan kaedah ini sangat bagus antara guru dan anak murid |
Kelas bahasa Cina ini diadakan untuk menambah penguasaan ilmu yang baru untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah, ia boleh menbantu anak-anak ini dalam mencari rezeki selepas habis belajar di Madrasah Hashimiah. Kelas ini setiap hari Isnin, setiap minggu dan bermula dari pukul 2.00 petang sampai 4.30 petang. Kelas ini terbahagi kepada beberapa kelas mengikut kefahaman anan-anak ini dan sebahagian guru-guru
Madrasah Hashimiah juga terlibat secara langsung dalam kelas bahasa Cina. Anak-anak ini fokus dalam kelas bahasa Cina ini sama seperti kelas Agama dan setiap ilmu yang di sampaikan oleh guru, insyaAllah anak-anak ini akan gunakan pada masa akan datang.
|
Guru Madrasah Hashamiah terlibat dalam kelas bahasa Cina |
|
Penguasaan bahasa ke 3 ini penting dalam kehidupan yang lebih baik |
Terima kasih buat guru-guru semua kerana tidak pernah putus asa dalam memberi ilmu kepada anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah, semoga anak-anak ini menjadi insan yang baik buat agama, keluarga dan negara dengan ilmu yang mereka perolehi di Madrasah Hashimiah. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun
CIMB Bank, nombor akaun -
8600202864 (
Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank -
562151419729 (Madrasah Hashimiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi
Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu
Ustaz Hashim Bin Kassim di talian
019-262 1671 dan
Pejabat Madrash Hashimiah di talian
018-288 2754 atau
03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah