Jadual persekolahan di
Madrasah Hashimiah agak padat kerana anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang tinggal di asrama akan bagun seawal jam 5 pagi untuk bersiap -siap solat subuh dan bertadarus Al-Quran dan Yasin setiap hari selepas solat Subuh. Kelas pagi bermula 8.00 pagi sampai 10.30 pagi kelas agama. Makan tengah hari pukul 11.00 pagi dan rehat sebelum solat Zohor, 2.00 petang akan sambung kelas petang dan habis 4.30 petang untuk kelas akademik. Bagi yang mengikuti kelas komputer akan sambung lepas solat Asar, dari pukul 5 petang sampai 6.45 petang dan bersiap-siap untuk solat Magrib bagi yang tinggal di asrama
Madrasah Hashmiah.
Bagi pelajar-pelajar harian mereka akan datang pada pagi untuk kelas agama dan petang untuk kelas akademik. Untuk malam, anak-anak ini ada kelas bagi yang huffaz, mereka akan menghafal balik surah yang dibaca waktu kelas agama dan bagi yang ada keja sekolah akan sambung buat keja sekolah. Kelas malam bermula 8 dan habis 9.30 malam dan sambung solat Isyak. Anak-anak ini akan tidur pada pukul 10 malam untuk setap malam kecuali Sabtu disebabkan sekolah cuti pada hari Ahad.
|
Menanti masa untuk menonton wayang |
|
Ini cerita pilihan untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim |
Alhamdulillah pada hari Rabu (5/12/2018) guru Maimun dan guru Nana, sukarelawan guru kelas Bahasa Inggeris telah mengadakan program menontong wayang bagi memberi ganjaran atas penat lelah anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim ini bekerja keras dalam pelajaran dan tumpuan yang diberiakan sewaktu dalam kelas. Anak -anak ini begerak dari madrasah pukl 9.00 pagi dan sampai dalam 9.30 di Sunway Putra Mall. Anak-anak ini sangat gembira dan teruja bila sampai di pekarangan panggung wayang.
Segala penat lelah di
Madrasah Hashimiah hilang dengan senyuman setalah diberikan bertih jagung dan air minuman berkabornat untuk makan semasa menonton wayang " Tim House With A Clock In Its Walls". Dalam masa yang sama anak-anak ini dapat berlajar Bahasa Inggeris melalui komunikasi dan seni kata sewaktu tayangan bermula. Tayangan bermula 10.30 pagi dan selesai 12.15 tengah hari, selepas itu anak-anak pulang ke
Madrasah Hashimiah.
|
Guru Maimun bersama anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim |
|
Terima kasih buat penaja yang baik hati untuk anak-anak Madrasah Hashimiah |
Terima kasih kami ucapkan kepada bekas anak didik guru Maimun kerana sudi menaja tiket wayang dan makanan untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah.
Oleh itu, bagi yang ingin membawa anak-anak Madrasah Hashimiah untuk beriadah seperti menontong wayang, taman reakrasi, I-City dan semisalnya boleh menghubungi madrasah. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun
CIMB Bank, nombor akaun-
8600202864 (
Madrasah Hashimiah) atau ke akaun
Maybank -
562151419729 (Madrasah Hashimiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah