• Persediaan Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah 2019


    Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat. Untuk tahun 2019, Madrasah Hashimiah sekali lagi mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi menghargai penat lelah anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang sentiasa berusaha untuk meraikan kejayaan yang lebih pada masa akan datang. 


    Hadiah untuk Majlis Penyampaian Hadiah 2019



    Kipas untuk anak-anak Madrasah Hashimiah






    Untuk Majlis Penyampaian Hadiah 2019,  Madrasah Hashimiah membuka peluang untuk meraikan bersama anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dengan menaja hadiah-hadiah untuk diberikan kepada anak-anak yang cermelang dan yang kurang cemerlang akan dapat hadiah saguhati bagi pemangkin usaha yang lebih kuat pada tahun hadapan. Bagi yang ingin menaja hadiah-hadiah, madrasah sangat alu-alukan untuk menaja hadiah untuk majlis penyampaian hadiah tahun ini. Hadiah-hadiah adalah seperti:

    1. Water Heater ( 21 unit saiz besar ) contoh 4 Liter
    2. Kipas tinggi ( 21 unit )
    3. Kipas rendah ( 21 unit )
    4. Rice cooker ( 21 unit saiz besar ) contoh 1.8 Liter
    5. Seterika/Iron ( 25 unit ) 
    6. Blender (15 unit )
    7. Hadiah saguhati ( 120 unit @ 220 unit ) Harga Rm 25.00 ke atas 
    8. Lembu seekor Rm 5500.00 ( untuk makanan anak-anak dan tetamu-tetamu )
    9. Khemah, pentas, kerusi dan meja 
    10. 2 Jubah persalinan untuk Hafiz dan Hafizah ( Rm 250 X 2 unit) 


    Blender ini akan digunakan oleh keluarga penerima 




    Pakaian anak anak Madrasah Hashimiah akan lebih cantik dan kemas




    Hadiah untuk semua anak anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim 

    Madrasah Hashimiah memberi peluang donor-donor yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah sempena Majlis Penyampaian Hadiah 2019 yang akan diadakan pada 7 April 2019 (Ahad) tahun ini. Oleh itu, pada yang berminat untuk menaja hadiah boleh membeli dan menghantar pada madrasah atau menbeli secara atas talian/online dan hantar ke Madrasah Hashimiah. Bagi yang ingin membuat sumbangan melalui duit, boleh menerusi akaun CIMB - 8600 2028 64 ( Madrasah Hashimiah ) dan Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah ) dengan tanda " Hadiah 2019 " atau " WH 1 unit".
    Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi 019-262 1671 ( Ustaz Hashim ) dan 018-288 2754 ( Fazlan ) atau 03-6127 5582 ( pejabat Madrasah Hashimiah ). Semoga Allah Taala yang membalas jasa baik pada donor-donor yang baik hati untuk menaja dan raikan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pembantu Tadbir 
    Madrasah Hashimiah