• Kelas Membuat Kuih Donat Dari NGO IGunner Komuniti Malaysia


    Kuih merupakan makanan yang mejadi pilihan untuk dijamu dan dinikmati pada waktu pagi atau petang sebagai sarapan dan pencuci minum petang sebagi pencuci mulut. Antara pilihan kuih untuk yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah kuih keria, karipap, donut dan beberapa kuih lagi. Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Mulism ingin merasa kuih, alhamdulillah pada hari Sabtu ( 23/2/2019 ) anak-anak pelarian Madrasah Hashimiah dapat belajar membuat donut melalui kelas kemahiran memasak dari pengasas kelab Komuniti Bolasepak Malaysia iGunner iaitu Cik Silawati Roses. Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim sangat teruja untuk memulakan kelas kemahiran membuat donut bersama Cik Silawati Roses dan di temani oleh rakan-rakan Kindness Malaysia.
    \
    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim sedang campurkan bahan-bahan donat.

    Cik Silawati Roses menujuk cara-cara campuran bahan untuk doh donat.

    Kerjasama antara anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim 

    Kelas kemahiran membuat donut bermula pada pukul 3 petang, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim diberi taklimat ringkas sebelum mula kelas donat dari Cik Silawati Roses. Permulaan kelas, anak anak dipecahkan beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan untuk anak-anak ini berkerjasama dalam proses membuat donut. Untuk kelas ini Madrasah Hashimiah menyediakan perkakas yang digunakan dan pihak Cik Silawati Roses yang menyediakan bahan bahan untuk membuat donut. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat donut seperti:

    Bahan-bahan untuk buat donut
    1. Tepung gandum
    2. Yis
    3. Telur
    4. Gula
    5. Garam
    6. Baking Powder
    7. Majerin
    8. Susu pekat
    9. Air suam.




    Sukarelawan Kindness Malaysia juga terlibat dalam kelas membuat donat

    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah akan diberikan perkakas dan bahan-bahan untuk membuat donat. Untuk permulaan, anak-anak akan masukan yis ke dalam gelas dan di campurkan air suam untuk mengembang. Setelah yis itu mengembang, akan dicampurkan dengan bahan bahan lain seperti tepung gandum, majerin, telur, gula, garam, susu pekat dan sedikit baking powder dengan mengikut sukatan yang ditetapkan. Setelah dicampurkan semua bahan dalam 1 bekas, kemudian dicampur bersama air masak untuk membuat adunan doh selama 20 minit dan dibiarkan seketika untuk dibiarkan kembang dan akan menekan doh untuk keluarkan angin dalam doh. Selesai proses tersebut, anak-anak madrasah akan membuat bentuk bulat dan gelung seperti gelung mengikut kesesuaian bentuk yang anak-anak madrasah inginkan. Alhamdulillah anak-anak madrasah sangat gembira dan teruja setelah siap buat gelung donat, dan bersedia untuk di goreng oleh sukarelawan Kindness Malaysia.



    Kegembiraan dan kepuasan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim 

    Alhamdulillah setelah siap di goreng, akan dicampur gula halus untuk memberi rasa manis pada donat. Anak-anak Madrasah Hashimiah sangat teruja dengan hasil yang dibuat oleh anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Keterujaan anak-anak madrasah ini dapat dilihat dari senyuman manis dan kepuasan menghasilkan donut dari tangan mereka sendiri. Moga anak-anak ini akan terus diberi peluang untuk mengasah bakat dalam kelas kemahiran.

    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidkan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah). Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami, atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah