Peperiksaan akhir untuk mata pelajaran Bahasa Myanmar pada hari Khamis (28/03/2019), merupakan peperiksaan yang terakhir di
Madrasah Hashimiah. Peperiksaan ini penting untuk menambah pengatahuan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dari segi pembacaan, penulisan dan komunikasi anak-anak ini sewaktu dalam kelas dan di luar kelas. Ini membantu anak-anak madrasah lebih teratur dalam bertutur bahasa Myanmar dan boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan pengunaan tatabahasa yang betul dan lebih teratur.
|
Ustaz Naseem merupakan guru yang menjaga peperiksaan penggal akhir bahasa Myanmar |
|
Fokus anak-anak pelarian Madrasah Hashimiah sewakti menjawab peperiksaan |
Peperiksaan bermula dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi, 7 kelas yang terlibat dengan peperiksaan bahasa Mynamar bermula umur 7 tahun hingga 17 tahun dan mengikut modul yang ditetapkan oleh guru-guru
Madrasah Hashimiah. Anak-anak madrasah sangat memberi komitmen yang tinggi dalam kelas sewaktu guru mengajar anak-anak madrasah. Untuk peperiksaan kali ini, anak-anak madrasah lebih fokus untuk menjawab soalan yang diberikan. Semoga anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah dapat menjawab dengan baik.
|
Antara kelas yang menjawab peperiksaan bahasa Myanmar |
|
Adik Jaafar merupakan pelajar yang cemerlang di Madrasah Hashimiah |
Alhamdulillah, selesai sudah minggu peperiksaan penggal akhir bagi anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah. Semoga anak-anak madrasah dapat menjawab dengan baik dan terus berusaha untuk maju kehadapan. Terima kasih kepada donor-donor yang baik hati dan tidak pernah putus asa membantu anak-anak
Madrasah Hashimiah. Semoga Allah Taala saja dapat membalas jasa baik buat donor-donor yang terus memberi sumbangan buat Madrasah Hashimiah. Moga pehala buat donor-donor baik hati terus mengalir atas sumbangan dan doa dari anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim buat donor-donor yang baik hati.
Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah