• Roti Bakar Enak Anak-Anak Madrasah Hashimiah


    Makanan merupakan benda asas dalam kehidupan selain tempat tinggal dan pakaian. Melalui permakanan yang betul, ia dapat membantu tumbesaraan anak-anak membesar dengan lebih sihat. Bagi anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashmiah, amat menghargai makanan sama ada di masak sendiri dan makanan yang disumbangkan oleh donor-donor yang baik hati untuk anak-anak Madrasah Hashimiah. Pada 10 Mac 2019 (Ahad), anak-anak madrasah di kunjungi oleh Puan Fardilah dari Pertubuhan Kabajikan Dan Perlingdungan Al Haq Malaysia untuk mengajar anak-anak madrasah memanjangkan jangka hayat roti yang hampir tampat tempoh kepada tempoh 1 minggu - 2 minggu dan mempunyai satu proses mudah untuk anak -anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim ingin membuat ada masa akan datang.

    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim sedang sapu planta

    Puan Fardilah memberikan penerangan ringkas pada anak-anak Madrasah Hashimiah
    Dalam kelas ini, Puan Fardilah akan menunjukan cara-cara memanjangkan hayat roti buku yang hampir tamat tempoh dengan cara membakar balik roti tersebut dengan mengunakan mikrowave. Kelas ini dimulakan dengan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah mengeluarkan roti-roti dari bungkusan dan dijemur dalam 10 minit untuk keraskan tekstur roti. Selepas itu anak-anak akan sapu planta atau majerin pada permukaan roti depan dan belakang. Selesai anak-anak madrasah menyapu planta pada permukaan roti, ia akan disapu dengan gula sebagai penambah rasa pada roti ini. Untuk proses terakhir anak-anak akan mebakar roti dalam masa yang ditetapkan oleh Puan Fardilah, iaitu 10- 15 minit mengikut tahap kerangkupan yang anak-anak madrasah inginkan. 

    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah fokus pada Puan Fardilah

    Anak-anak Madrasah Hashimiah gembira dan teruja dengan kelas membakar roti 
    Alhamdulillah selesai pembakaran roti, anak-anak teruja dan sangat genbira dengan hasil yang mereka usahakan bersama-sama membuahkan hasil roti bakar gula sedap dan rangup. Terima kasih kepada Puan Fardilah kerana sudi meluangakan masa dan mengajar anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah.

    Semoga Allah membalas jasa baik Puan Fardilah sekeluarga. Bagi yang ingin membantu anak-anak madrasah dalam mengasah skil dengan lebih tajam , Madrasah Hashimiah sangat alu-alukan kedatangan tetamu untuk membantu anak-anak yatim Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah. Oleh itu, bagi yang bermurah hati untuk menderma, boleh dilakukan melalui akaun CIMB Bank, nombor akaun - 8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank - 562151419729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 14069010033413 (Madrasah Hashimiah). .Jika ada pertanyaan , boleh menghubungi admin Madrasah Hashimiah di nombor 018-2882754 atau 03-61275582 (Fazlan Ashraf) dan Ustaz Hashim di nombor 019-2621671.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashmiah