• Bermula Peperikasaan Akhir Hari Ini Di Madrasah Hashimiah


    Hari ini, 4 March 2019 bermula peperiksaan akhir di Madrasah Hashimiah sebelum Majlis Penyampian Hadiah 2019 pada tarikh 7 April 2019 (Ahad). Peperiksaan hari ini dimula dengan Bahasa Cina yang di ajar oleh sukarelawan Tzu Chi. Amak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim sudah bersedia untuk menjawab peperiksaan dengan penuh semangat untuk menghadapi peperiksaan Bahasa Cina. Bahasa Cina merupakan satu cabang kelas akademik di Madrasah Hashimiah dan membantu anak-anak madrasah dengan menambah kepelbagaian bahasa dan membentuk satu persaingan sihat antara anak-anak Madrasah Hashimiah.

    Hassan seorang anak pelarian Myanmar Muslim yang pandai dalam Bahasa Cina

    Pelajar perempuan turut terlibat dengan peperiksaan akhir Madrasah Hashimiah
    Peperiksaan ini bermula 2.00 petang sampai 4.30 petang yang dikumpulkan 3 kelas untuk peperiksaan kali ini. Peperiksaan ini akan membantu pengumpulan markah yang dicampur dengan 2 peperikssan besar yang lepas untuk menyenaraikan nama-nama pelajar terbaik kelas Bahasa Cina. Dalam waktu yang sama ia dapat mengasah anak-anak Madrasah Hashimiah dalam penulisan, kefahaman dan komunikasi dalam Bahasa Cina untuk membantu anak-anak ini pada masa akan datang dan membuka peluang untuk mereka mencari peluang pekerjaan yang lebih baik untuk membantu ekonomi keluarga anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim.

    Jaafar merupakan anak yatim pelarian Rohingya yang berjaya di Madrasah Hashimiah

    Ketekunan dan tumpuan anak-anak Madrasah Hashimiah pada peperiksaan akhir 
    Berkat usaha dan doa donor-donor yang baik hati dan tidak putus asa untuk menyokong pendidikan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah. Semoga ikatan ini dapat dipanjang dan berterusan untuk membantu dan membina insan yang berjaya dunia dan akhirat. Semoga  pahala dapat mengalir kepada donor-donor yang membantu perjalanan Madrasah Hashimiah. Doa untuk donor-donor yang baik hati sentiasa di dalam hati anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah

    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah). Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah