Alhamdulillah, pujian dan syukur pada Allah S.W.T dengan pelbagai kurnia dan limpahan anugerah yang tidak terhitung buat anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda S.A.W, keluarga,, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Berakhir peperiksaan agama penggal akhir bagi anak-anak Madrasah Hahsimiah pada hari Ahad ( 24/03/2019 ) yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
|
Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim sedang peperiksaan |
|
Semua pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah terlibat dengan peperiksaan akhir untuk kelas agama |
Peperiksaan ini melibatkan semua pelajar-pelajar
Madrasah Hashimiah dari peringkat membaca Iqra hingga ke hafazan Al-Quran bagi menguji dari sudut bacaan tajwib, hafalan, makraj dan bebarapa tentang solat dan doa harian. Anak-anak ini diperiksa oleh tenaga pengajar dari madrasah-madrasah luar sebagai pemeriksa untuk peperiksaan agama penggal akhir Madrasah Hashimiah. Pemeriksa yang datang ke madrasah untuk memeriksa pelajar-pelajar madrasah seramai 35 orang bagi membantu sebagai pemeriksa bagi 220 pelajar
Madrasah Hashimiah. Pelajar-pelajar sangat gembira dalam pada waktu yang sama merasa gemuruh untuk menghadapi peperiksaan akhir.
|
Sedikit buah tangan dari Ustaz Hashim pengetua madrasah |
|
Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah Taala melalui donor yang baik hati |
Selesai peperiksaan agama untuk penggal akhir pukul 11.30 pagi, guru-guru dari luar akan diberikan sedikit buah tangan untuk mereka atas masa yang diluangkan kepada anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim untuk memberikan keputusan markah pada peperiksaan agama untuk menilai pengatahuan Al-Quran dari anak-anak
Madrasah Hashimiah.
Pemeriksa akan di jamu dengan makanan yang di masak oleh Ustazah Abdah dan dibantu oleh guru-guru madrasah. Makanan yang dimasak amat sedap dan mengembirakan guru-guru dan anak-anak untuk menjamu selera selepas peperiksaan agama penggal akhir. Semoga anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim
Madrasah Hashimiah berjaya dunia dan akhirat.
Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun
Cimb Bank -
8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau
Maybank -
5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan
Bank Islam -
1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).
Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.
Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
Penolong Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah