• Persiapan Majlis Penyampaian Hadiah 2019


    Lagi satu minggu akan berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah ke 19 Madrasah Hashimiah, bertarikh 07/04/2019 (Ahad) bersamaan 1 Syaban 1440 Hijrah. Guru-guru dan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim sedang membuat persiapan bagi Majlis Penyampian Hadiah tahun 2019. Pengurusan madrasah telah memanggil ibu bapa dan penjaga bagi anak-anak madrasah untuk memberi tahu tarikh dan atucara Majlis Penyampaian Hadiah 2019. 

    Antara hadiah yang diterima oleh pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah
    Senyuman anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim buat donor yang baik hati
    Untuk Majlis Penyampian Hadiah yang ke 19, segala persiapan sedang dijalankan dengan baik, sama ada dari pihak pengurusan madrasah seperti semak kertas soalan dan di masukan ke buku rekod anak-anak Madrasah Hashimiah, persiapan nasyid untuk dipersembahkan sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah, dan bantuan dari donor-donor yang baik hati untuk membantu dalam penajaan makanan sewaktu majlis serta hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah sewaktu Majlias Penyampaian Hadiah yang ke 19. 

    Ustaz Rashid antara guru yang mendidik anak-anak di Madrasah Hashimiah

    Semoga senyuman ini terus kekal buat anak-anak Madrasah Hashimiah
    Oleh itu, anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah sentiasa berdoa buat donor-donor yang baik hati yang sentiasa membantu pendidikan anak-anak madrasah tanpa rasa jemu, semoga Allah S.W.T yang dapat membalas kebaikan buat donor-donor yang baik hati dan melalui ini akan mengalir pahala yang berterusan buat donor-donor yang baik hati. 

    Seperti hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
    Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda 
    "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak yang soleh yang selalu mendoakanya.'  Riwayat Muslim.

    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).
    Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah