• Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah 2019 Berlangsung Dengan Jayanya


    Tarikh 7 April 2019 dipilih untuk diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah. Majlis ini merupakan satu majlis yang di tunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Majlis ini diadakan untuk meraikan dan memberi penghargaan buat pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mahupun dalam bidang akademik atau Al-Quran.

    Persiapan majlis telah dilakukan selama 2 bulan. Perancangan dari segi makanan, sumbangan hadiah, khemah dan lain-lain dilakukan dalam tempoh tersebut. Kelainan pada tahun ini, makanan di tempah daripada katering luar untuk 1500 orang berbanding tahun lepas guru-guru Madrasah Hashimiah bergotong -royong untuk menyediakan makanan. Menu telah di pilih sesuai dengan tetamu yang hadir. Hadiah-hadiah yang telah di senaraikan mendapat bantuan daripada rakan-rakan NGO untuk bekerjasama mengumpulkan hadiah tersebut. Alhamdulillah, hasil daripada sumbangan orang ramai, hadiah untuk pelajar-pelajar yang cemerlang dapat disediakan.

    Penyerahan sijil kepada hafiz disaksikan oleh Mufti Samiullah dari Myanmar, Datuk Adnan Zainal Penasihat Kindness Malaysia, Ustaz al Hafiz Hashim Pengetua Madrasah Hashimiah, Muhammad bin Kamarulazizi Pengasas Kindness Malaysia dan Mohamad Nizam Pengasas Humanity


    Antara hadiah untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah

    Ana-anak Madrasah Hshimiah menyemak keputusan markah tahun 2019
    7 April 2019 jam 7.30 pagi, sukarelawan dan komuniti setempat mula menjalankan tugas bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Sukarelawan telah di bahagikan mengikut tugasan masing-maisng. Katering makanan yang disediakan oleh Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Al Haq Malaysia juga telah siap sedia untuk menghidang juadah kepada para tetamu. PA sistem juga telah selesai di susun atur sebelum majlis bermula.

    Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang di baca oleh Ustaz Naseem dan ceramah daripada Maulana Samiullah daripada Myanmar. Selesai ceramah majlis rasmi diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan dan kata nasihat daripada Pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Al-Hafiz Hashim bin Hussein dan Pengerusi Madrasah Hashimiah, En. Muhammad bin Kamarulazizi. Perasmi Majlis Penyampaian Hadiah pada kali ini ialah Datuk Nor Adnan bin Zainal Abidin, Penasihat Kindness Malaysia. 

    Datuk Nor Adnan sebagai perasmi Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah

    Ustaz Hashim menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan-rakan Ngo 

    Pada tahun ini, Madrasah Hashimiah telah melahirkan dua orang hafiz dan hafizah yang telah tamat menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Pada majlis ini mereka telah diberi penghargaan atas usaha mereka yang sangat membanggakan tersebut. Adik Hafiz Ajib Bin Yaakub dan adik Hafizah Marjidah binti Hussein telah dipakaikan jubah khas dan diberikan sijil penghargaan. Mereka turut memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada tetamu yang hadir.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada NGO yang telah banyak membantu Madrasah Hashimiah secara langsung atau tidak langsung. Turut disampaikan sumbangan pakaian bayi tajaan khas daripada Persatuan Buai Sayang (Babybox Malaysia) kepada komuniti setempat yang mempunyai anak yang baru lahir. Jamuan makan bermula dan tetamu yang hadir dipersembahkan dengan persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Pelajar-pelajar menunjukkan bakat masing-masing yang telah dilatih oleh guru-guru mereka. Persembahan daripada kelas Bahasa Cina menarik perhatian tetamu. 


    Anak-anak Madrasah Hashimiah mendengar persembahan dari rakan-rakan.


    Muntaz dan kumpulan menyampaiankan lagu dalam bahasa Cina

    Junaik dan kumpulan menyampaikan zikir dalam bahasa Urdu
    Sesi penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang adalah acara yang dinanti-nantikan oleh para pelajar. Mereka sangat teruja dengan hadiah yang bakal mereka terima hasil daripada sumbangan orang ramai. Antara hadiah yang diperoleh ialah kipas angin, thermo pot, periuk nasi, mesin pengisar, seterika dan bag sekolah. Hadiah yang diterima dapatlah digunakan oleh keluarga masing-masing dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban hidup mereka. Mereka kelihatan sungguh gembira menerima hadiah tersebut.

    Majlis tamat dengan sungguh meriah. Semua pelajar sangat gembira dengan hadiah masing-masing dan menikmati makanan yang sangat sedap. Selesai majlis pelajar-pelajar diberi cuti selama dua minggu untuk pulang ke kampung sebelum bermulanya sesi persekolah yang seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada para penaja yang banyak memberi sumbangan bagi menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah yang ke-19.  Semoga hasil sumbangan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan seluruh gerak kerja Madrasah Hashimiah. Semoga para penyumbang mendapat balasan yang setimpal daripada-NYA.

    Puan Liyana Sama antara yang membantu Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah

    Tajaan aiskrim dari donor yang yang baik hati untuk anak-anak Madrasah Hashimiah

    Antara sukerelawan Kindness Malasysia yang menjayakan Majlis Penyampaian Madrasah Hashimiah
    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk pendidikan anak-anak Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah).
    Bagi yang berminat untuk menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah