• Bulan Ramadhan Bulan Barakah Madrasah Hashimiah

    Bulan Ramadhan bulan yang dinanti oleh semua bangsa yang beragama Islam sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Pada tahun ini bulan Ramdhan akan di sambut pada 6 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadhan 1440 Hijrah dalam bulan islam. Persiapan untuk Madrasah Hashimiah untuk menghadapi bulan yang barakah ini, madrasah telah menyediakan peluang untuk kepada orang ramai yang baik hati untuk membantu perjalanan operasi bulan Ramadhan di Madrasah Hashimiah.

    Berbuka puasa di rumah cikgu Maimun 

    Jemputan berbuka puasa di restoran di Kuala Lumpur unuk anak-anak Madrasah Hashimiah
    Anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim Madrasah Hashimiah menanti khabar baik dari dermawan-dermawan yang baik hati untuk memberi peluang kepada anak-anak madrasah untuk menikmati juadah makanan yang sedap sama ada berbuka di madrasah atau menerima jemputan berbuka puasa di luar seperti di hotel atau restoran. Di sini saya kongsikan maklumat berkenaan tajaan berbuka puasa di Madrasah Hashimiah seperti dibawah:

    Tajaan Bulan Ramadhan 2019 Madrasah Hashimiah
    1. Tajaan berbuka puasa
        150 orang = RM 500.00

    2. Tajaan sahur
        100 orang = RM 300.00

    3. Tajaan Bahan Mentah Buburma (Bubur Burma ) 
       200 bungkus = RM 300.00


    Antara jemputan hotel untuk anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim 
    Oleh itu bagi yang ingin menyumbang untuk tajaan bulan Ramadhan 2019 Madrasah Hashimiah boleh melalui akaun Cimb Bank - 8600 2028 64 (Madrasah Hashmiah) atau Maybank - 5621 5141 9729 (Madrasah Hashimiah) dan Bank Islam - 1406 9010 0334 13 Madrasah Hashmiah). 

    Bagi yang berminat untuk menjemput berbuka puasa di hotel atau restoran, menghantar barang, ziarah kami atau boleh tempah melalui online seperti Tesco online dan kami menerima dengan hati yang gembira. Untuk pertanyaan  lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrash Hashimiah di talian 018-288 2754 atau 03-6127 5582.


    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah