TENTANG KAMI

Sebuah sekolah komuniti berasrama yang fokus pada pendidikan tahfiz dan akademik untuk anak-anak pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Alamat: Madrasah Hashimiah, 111-3 Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100, Kuala Lumpur. No tel: 03-61275582, Whatsapp: 0182882754. Email: mhashimiah@gmail.com

SIAPA KAMI

Pengasas, Pengerusi dan Guru-guru yang Dedikasi.

  • Muhammad bin Kamarulazizi

    Pengerusi

    Juga merupakan Pengasas kepada NGO Kindness Malaysia.

  • Ustaz Al Hafiz Hashim bin Kassim

    Pengasas/Pengetua

    Mengasaskan Madrasah Hashimiah pada tahun 1997 dan menguruskannya sehingga ke hari ini.

  • Guru dan Anak-anak

    Penghuni Madrasah Hashimiah

    12 orang guru yang dedikasi serta 171 anak-anak pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya.

Informasi

Informasi tentang Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim.

Penghuni Madrasah Hashimiah

Jumlah Murid 171 orang
Murid Tinggal di Asrama 60 orang
Jumlah Guru 12 orang

Perbelanjaan Bulanan

Pendidikan 55%
Makanan 30%
Sewa dan Ulitiliti 15%

Pecahan Penghuni

Pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya 98%
Anak-anak fakir miskin 60%
Anak-anak yatim 40%

PENCAPAIAN

Kami berusaha memberi yang terbaik buat anak-anak kami di Madrasah Hashimiah.

3

3 tahun berturut-turut johan tilawah Al-Quran antara Rumah Kebajikan KL dan Selangor

50

Jumlah Hafiz dan Hafizah yang dihasilkan sejak dibuka

4

Guru yang mempunyai ijazah yang mengajar di Madrasah Hashimiah dengan gaji antara RM600-RM1000 sahaja

1

Ustaz al Hafiz Hashim antara satu satunya guru pelarian yang mendapat tauliah mengajar dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

PENGISIAN

Pelbagai pengisian disediakan untuk anak-anak yatim dan pelarian di Madrasah Hashimiah. Sumbangan anda sangat bermakna untuk kelangsungan hidup mereka.

  • Kunjungan Universiti Malaya Di Madrasah Hashimiah


    Meraikan anak-anak yatim dan miskin (Asnaf) merupakan pekara yang di tuntut dalam Islam. Ia merupakan satu ibadah bagi seorang muslim terhadap Allah Taala dan sesama manusia. Allah Taala berfirman dalam ayat An-Nisaa 4:127

    " Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan -Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang terdekat dan tertangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sehayamu. Sesungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. "

    Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam program
    Taklimat ringkas mengenai program oleh Pengarah Projek
    Aktiviti melukis dan mewarna 
    Kedatangan pelajar-pelajar dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang (Exco Kebajikan SALSOC) Universiti Malaya ke Madrasah Hashimiah untuk meraikan pelajar-pelajar di madrasah dengan mengadakan program bersama-sama. Bermula pukul 8.00 pagi dengan memberi taklimat ringkas dan membuat pecahan-pecahan kumpulan kecil untuk melakukan latihan dalam kumpulan. Dalam program tersebut akan terbahagi kepada beberapa aktiviti seperti melukis, mewarna dan membersihkan kawasan madrasah. Program tersebut berakhir pukul 11.00 pagi dan para pelajar-pelajar makan bersama sukerelawan-sukarelawan Universiti Malaya atas tajaan dari kerjasama pelajar dan pengurusan universiti. 

    Latihan dalam kumpulan yang di kongsi bersama sukarelawan

    Menunggu keputusan lukisan yang tercantik 
    Guru dan pelajar terlibat dalam program dari Universiti Malaya
    Alhamdulillah dan terima ksih kepada pelajar-pelajar Universiti Malaya, Jabatan Syariah dan Undang-Undang kerana meraikan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah  

  • Perubatan UCSI Untuk Pelajar-Pelajar Madrasah Hashimiah



    Perubatan merupakan satu keperluan asas bagi kehidupan seorang manusia, kerana manusia tidak terlepas dari kesakitan yang mana bagi seorang muslim sakit itu penghapus dosa seperti yang meriwayatkan dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma:"

    "Kebiasaan Nabi shallallahu alaihi wasallam apabila datang menjenguk orang sakit berliau bersabda;"laa ba'sa thahur insyaa Allah"( Tidak apa, semoga menjadi penghapus dosa, jika Allah menghendakinya) 
    Dalam Sahih Bukhari-3347 
    3616- Versi Fathul Bari

    Alhamdulillah pada 11/11/2017, hari sabtu yang lepas pelajar-pelajar dari UCSI dengan kerjasama doktor-doktor telah datang ke Madrasah Hashimiah untuk melakukan ujian kesihatan kepada semua pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah. Pelajar-pelajar sampai di madrasah dalam waktu 7.30 pagi dan setup peralatan-peralatan sampai pukul 8.15 pagi untuk mulakan pemeriksaan kesihatan.

    Pelajar-pelajar sedang menunggu giliran 
    Ujian mata untuk rabun warna
    Sukarelawan UCSI sedang memberi makanan kepada pelajar
    Pendaftaran di mulakan dengan membuat pembahagian pelajar, sebahgian pelajar akan datang waktu pagi dan sebahagian pelajar akan datang waktu petang dengan mengikut melalui umur pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Selepas pendaftaran, pelajar-pelajar akan mengukur ketinggian dan berat pelajar dalam menentukan BMI( Body Mass Index ) untuk menetukan obesiti atau tidak. Selepas pemeriksaan BMI, pelajar akan di ukur lingkaran pinggang sama ada sesuai dengan ketinggian pelajar tersebut. 
    Selesai pemeriksaan BMI, pelajar akan naik ke tinggkat 2 untuk melakukan pemariksaan mata untuk semua pelajar-pelajar kerana mata anugerah Allah Taala yang tidak ternilai bagi semua manusia. Guru-guru juga melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian kolestrol, ujian darah tinggi dan kandungan gula dalam badan. 

    Nurullah dan Ustazah Bilkis sedang membuat pemeriksaan 
    Ustaz Ismail juga membuat pemeriksaan mata 
    Ustaz Rashid dan Ustaz Nassem melakukan pemeriksaan kolestrol dan gula
    Selasai satu sesi, pelajar pelajar akan di berikan makanan yang ditaja oleh UCSI dan berehat untuk solat zohor. Pada pukul 2 petang akan sambung sesi petang yang mana sama seperti sesi pagi dan penambahan aktiviti-aktiviti lagi seperti mewarna bagi umur 10 tahun ke bawah, tayangan video untuk kepentngan menjaga kebersihan dan demo untuk cara-cara penjagaan kebersihan tangan yang di tunjuk ajar oleh sukarelawan UCSI. Selepas sesi petang habis, pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah menerima beg bungkusan hadiah bagi setiap satu beg kertas.

    Antara sukarelawa-sukarelawan yang berada dalam program kesihatan
    Iqbal salah seorang pelajar madrasah melakukan pemeriksaan mata
    Demo pembersihan tangan yang di lakukan oleh sukarelawan UCSI
    Alhamdulillah selesai pemeriksaan perubatan pada pukul 4.30 petang dan di harap akan berterusan program sebegini bagi pelajar-pelajar Madrsah Hashimiah kerana jika berlaku sesuatu berkenaan kesihatan akan menyebabkan kos perubatan tinggi bagi pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah  




  • Majlis Tahlil Bekas Pelajar Madrasah Hashimiah



    Madrasah Hashimiah merupakan sebuah sekolah yang menempatkan anak - anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Mereka mula berlajar di sekolah ini dari seawal umur 4 tahun hingga 17 atau 18 tahun. 

    Tanggal 23 Oktober 2017, kami mendapat berita kematian salah seorang bekas pelajar Madrasah Hashimiah iaitu Allahyarham Akbar Azman. Beliau merupakan seorang pelajar yang baik dan sangat rajin. Perginya mengadap Ilahi mengejutkan kami semua yang mengenali beliau. Allahyarham merupaka seorang Hafiz Al-Quran dan lepasan Madrasah Hashimiah yang cukup di kenali pelajar-pelajar dan tenaga pengajar.

    Allahyarham bersama-sama sukarelawan Kindness Malaysia
    Antara aktiviti-aktiviti kebaikan di perkampungan orang asli
    Allah Taala berfirman dalam ayat Aal-I-Imran 3:185
    " Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalu. Barang siapa dijauhkandari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

    15 November, Madrasah Hashimiah telah mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham Akhbar Azman yang di buat pada 10.30 pagi selepas kelas agama yang di hadiri oleh pelajar-pelajar madrasah, sukarelawan Kindness Malaysia dan guru-guru di Madrasah Hashimiah. Kami dari warga Madrsah Hashimiah sentisa berdoa kepada Allahyarham agar di tempat di kalangan para shuhada dan oerang-orang yang soleh di sisi Allah Taala.

    Majlis tahlil di Madrasah Hashimiah 
    Janji Allah Taala itu benar seperti Allah Taala berfirman dalam ayat Yunus 10:4
    " Hanya kepada-Nya kamu semuanya akan kembali sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya(menhidupkannya) kembali(sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir diseddiakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka. "
    ( Yunus 10:4 )

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf
    Penolong Pegawai Tadbir
    Madrasah Hashimiah

  • Kehadiran Pelajar-Pelajar USIM Di Madrsah Hashimiah


    Hari sabtu merupakan hari terakhir dalam seminggu untuk sesi persekolahan di Madrasah Hashimiah dan hari Ahad merupakan cuti bagi pelajar-pelajar di madrasah. Pada hari Sabtu juga akan ada program dari pihak luar yang ingin melakukan aktiviti-aktiviti bersama pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Antara yang pernah buat program di madrasah pelajar-pelajar universiti, syarikat koperat dan badan badan bukan kerajaan(NGO) yang ingin berkongsi rezeki dan kegembiraan bagi pelajar-pelajar madrasah.

    Pelajar-pelajar sedang buat origami 

    Zubair dan Shahid antara pelajar senior terlibat 
    Hari Sabtu yang lepas, Madrasah Hashimiah telah di kunjungi oleh pelajar-pelajar tahun satu Unversiti Sains Islam Malaysia(USIM) untuk meraikan pelajar-pelajar di madrasah. Kehadiran pelajar-pelajar USIM sedikit sebanyak memberi kegembiraan pelajar-pelajar madrasah dengan aktiviti-aktiviti yang di lakukan bersama-sama seperti membina Origami, permainan teka perkataan dan membuat pakaian melalui surat khabar dan alatan-alatan yang di sediakan oleh pelajar-pelajar USIM. Dalam pada masa yang sama pelajar-pelajar akan berkongsi cerita untuk merapatkan hubungan silatuhrahim dengan masyarakat di luar. 


    Pelajar-pelajar USIM sedang melakukan aktiviti mereka cipta pakaian

    Guru-guru madrasah juga melibatkan diri dalam program tersebut 
    Gambar bersama-sama Pengerusi dan pelajar-pelajar USIM


    Terima kasih kepada pelajar-pelajar USIM atas kersama yang baik dan memberi sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit demi meraikan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Oleh itu, bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah  


  • Kelas Jahitan Cabang Ilmu Baru Madrasah Hashimiah


    Madrasah Hashimiah merupakan sekolah komuniti untuk pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang meletakan silibus Al- Quran sebagai keutamaan dan diikuti dengan mata pelajaran akademik sebagai tambahan kepada pelajar-pelajar madrasah. Ia banyak membantu pelajar-pelajar dalam menimba ilmu yang baru serta diberi peluang seperti kebanyakan anak-anak warga Malaysia yang mendapat ilmu di sekolah yang di sediakan oleh kerajaan Malaysia.

    Pelajar sedang belajar teknik jahitan baru 

    Salah satu cara untuk memudahkan pelajar-pelajar cepat belajar
    Di sini pelajar didedahkan dengan ilmu yang baru yang melibatkan kemahiran dalam menambahkan pelbagai ilmu yang bermanfaat bagi pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah. Ilmu yang di maksudkan ialah kemahiran menjahit yang di ajar pada setiap hari Ahad dari pukul 2.00 petang sampai 5 petang. Ia menambah kemahiran kepada pelajar-pelajar perempuan yang besar dan guru-guru perempuan di samping menjana ekonomi keluarga pada masa akan datang. 


    Guru-guru perempuan turut terlibat dalam kelas menjahit 
    Kemahiran menjahit mengajar pelajar lebih fokus 
    Di harap pelajar-pelajar serta guru-guru sentiasa istiqomah dalam menimba ilmu baru sama ada kemahiran mahupun akademik demi kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah  

  • Kelas Kemahiran Membuat Roti Canai


    Kemahiran manusia terbahagi kepada dua iaitu kurniaan dari yang Maha Esa dan dari kesungguhan dari diri yang di berikan peluang oleh yang Maha Esa. Kemahiran yang yang pertama tidak semua manusia bertuah memilikinya kerana ia anugerah dari Allah Taala. Untuk yang kedua manusia sentiasa di berikan peluang dan ruang untuk mengambil peluang itu dari pemberian Allah Taala untuk menunjukan kesungguhan dalam proses menimba ilmu kemahiran yang telah diberikan peluang. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah diberikan peluang untuk belajar kemahiran yang baru, cara-cara menyediakan Roti Canai dan di ajar oleh pengetua madrasah iaitu Ustaz Hashim. 

    Ustaz Hasim sedang menunjukan penyediaan doh roti 

    Pelajar-pelajar perempuan turut libatkan diri dalam kemahiran 
    Pada Jumaat yang lepas, bersamaan 3/11/2017 para pelajar-pelajar yang umur 14-17 tahun lelaki dan perempuan terlibat dengan kelas penyediaan Roti Canai bersama tenaga pengajar Madrasah Hashimiah. Kelas tersebut di ajar cara penyediaan dari bahan asas untuk membuat roti sehingga siap menjadi Roti Canai yang menjadi makanan rakyat Malaysia sama ada pagi dan malam. Ustaz Hashim berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Thailand sebagai peniaga Roti Canai sebelum berhijrah ke Malaysia. Ia sedikit sebnyak membantu pelajar-pelajar madrasah yang mana kurang bernasib baik dalam pengajian di Madrasah Hashimiah, mungkin ini boleh membantu mereka untuk teruskan hidup dan membantu ekonomi sendiri dan keluarga. 


    Guru-guru juga di beri peluang untuk belajar kemahiran baru
    Mempelajari kemahiran dan teknik yang betul 
    Pelajar Madrasah Hashimiah di ajar cara-cara penyediaan bahan-bahan asas seperti tepung gandung, gula, garam, minyak masak. Selapas bahan-bahan asas di sediakan, Ustaz Hashim ajar teknik-teknik membuat bancuhan doh dari bahan-bahan asas dan cara menebar Roti Canai serta disusuli dengan cara yang betul untuk menggoreng Roti Canai. Ia satu pengalaman baru bagi pelajar-pelajar madrasah menimba ilmu baru dalam mempelbagaikan kemahiran-kemahiran penimba ilmu di Madrasah Hashimiah 

    Ustaz Hashim menunjukan cara kepada Nazir
    Nasiruddin sedang belajar cara mengoreng Roti Canai dengan betul
    Nasimah diantara pelajar yang terlibat kelas kemahiran



    Oleh itu pihak Madrasah Hashimiah amat menghargai kepada dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu madrasah. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah  

  • Ujian Yang Pertama Bagi Pelajar-Pelajar Madrasah Hashimiah


    Setiap institusi pengajian, sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat tinggi seperti kolej dan universiti. Setiap pelajar akan di menduduki peperiksaan dan ujian bagi setiap semester. Peperiksaan dan ujian akan diduduki oleh setiap pelajar untuk membentuk prestasi yang baik dalam kelas yang akan datang. Di Madrasah Hashimiah sama seperti di tempat pendidikan lain, setiap pelajar wajib mengambil ujian yang di lakukan selama 3 hari bagi subjek  akedemik.

    Pelajar-pelajar sedang menduduiki peperiksaan 

    Sedang menjawab kerts ujian Bahasa Melayu 
    Peperiksaan akan diadakan dalam 3 bulan sekali dan setahun akan ada 3 peperiksaan besar. Setiap peperiksaan akan di nilai oleh guru yang mengajar di Madrasah Hashimiah yang bermula tarikh 4/10/2017 hingga 7/10/2017, selama tiga hari untuk peperiksaan akedemik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Myanmar, Bahasa Enggeris, Matemetik, Geografi dan Sains. Ia memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat dalam membentuk pelajar hafazan Al-Quran dan akedemik yang bijak pandai.

    Adik Sharhan sedang menjawab peperiksaan 

    Antara pelajar-pelajar perempuan dalam peperiksaan Bahasa Myanmar
    Oleh itu, Madrasah Hashimiah syukur atas limpahan rahmat dan rezeki dari Allah S.W.T dengan kehadiran dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu perjalanan membina insan yang berjaya dunia akhirat. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah 


  • Majlis Kenaikan Pelajar Al-Quran


    Setiap ibu dan ayah ingin anak-anaknya berjaya dunia dan akhirat. Jika dunia pastinya mempunyai kehidupan yang baik dalam semua aspek termasuk kehidupan kerjaya dan berkeluarga. Untuk kehidupan akhirat mestilah menjadi insan yang yang baik rohani dan jiwa yang disisi kefahaman Al-Quran, Bagi ibu bapa, harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak berjaya dunia akhirat. Sama seperti pelajar-pelajar Madrasah Hashimiah, anak pelarian-pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya yang menjadi harapan kepada ibu dan bapa untuk menjadi manusia yang berjaya dunia akhirat dan boleh membezakan antara benar dan bathil. 

    Kata-kata aluan dari Ustaz Hashim tetamu 
    En Muhamad memberi ucapan ringkas kepada tetamu 
    Adik Omairah dan adik Dilnahar mendengar ucapan dari Ustaz Hashim
    Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf (7:2) 
    "Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu kerananya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir) dan menjafi pelajaran bagi orang-orang yang beriman." 

    Isnin, 2/3/2017 Madrasah Hashimiah mengadakan satu majlis kenaikan pelajar Al-Quran yang umur di antara 6 tahun hingga 9 tahun. Terdiri dari pada 6 lelaki dan 5 perempuan, juga di hadiri oleh ibu dan bapa kepada pelajar-pelajar madrasah. Alhamdulillah berkat dan kesungguhan pelajar-pelajar madrasah dalam mendalami bacaan dan hafazal Al-Quran. Kejayaan pelajar-pelajar tidak datang dengan bantuan guru-guru yang berdidikasi serta tidak pernah putus asa pada pelajar-pelajar mereka. Ibu dan bapa juga memaikan peranan yang sangat penting dalam galakan serta sokongan kepada nak-anak untuk menjadi tunjang belakang dalam membina insan yang berjaya dunia dan akhirat. 

    Ustaz Hashim mempedengari bacaan surah Al-Baqarah 
    Abu Hurairah dan Wahid mengikut bacaan dari Ustaz Hashim 
    Pelajaar-pelajar yang berjaya naik Al-Quran  
    Berdoa pada Yang Esa atas nikmat rezeki dan rahmatNya
    Bakal menjadi Hafiz dan Hafizah di Madrasah Hahimiah 
    Oleh itu, Madrasah Hashimiah syukur atas limpahan rahmat dan rezeki dari Allah S.W.T dengan kehadiran dermawan-dermawan yang baik hati untuk membantu perjalanan membina insan yang berjaya dunia akhirat. Bagi yang ingin yang menderma untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh dilakukan melalui bentuk barangan dan melalui kewangan di akaun CIMB Bank, nombor akaun -8600202864 (Madrasah Hashimiah) atau ke akaun Maybank 562151419729 (Madrasah Hashimiah). Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pengetua Madrasah Hashimiah iaitu Ustaz Hashim Bin Kassim di talian 019-262 1671 dan Pejabat Madrasah Hashimiah di talian 018-2882754 atau 03-6127 5582.

    Mohamad Fazlan Bin Mohamad Ashraf 
    Penolong Pegawai Tadbir 
    Madrasah Hashimiah 


  • KEPERLUAN

    Terdapat pelbagai keperluan yang diperlukan di Madrasah Hashimiah. Status anak-anak kami sebagai pelarian membataskan kami daripada menerima sebarang bantuan daripada pihak zakat dan Baitulmal. Oleh itu setiap sumbangan yang kami terima daripada anda sedikit sebanyak akan meringankan beban operasi kami di sini. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik anda semua.

    HUBUNGI KAMI

    Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kemudahan di dunia dan akhirat (Muslim) Sumbangan dapat disalurkan ke akaun CIMB di 8600202864 atau Maybank di 562151419729 atas nama Madrasah Hashimiah.

    Madrasah Hashimiah

    • Street :111-3 Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang
    • Admin Pejabat :Fazlan Ashraf
    • Phone :+603 6127 5582
    • Whatsapp :+6018 2882754
    • Country :Kuala Lumpur, Malaysia
    • Email :mhashimiah@gmail.com

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang Madrasah Hashimiah.

    Semoga dengan segala sumbangan dan derma yang diberikan akan mendapat keberkatan dariNya. Sumbangan dapat disalurkan ke akaun CIMB di 8600202864 atau Maybank di 562151419729 atas nama Madrasah Hashimiah.