Ibadah Qurban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh kekasih Allah yang juga merupakan seorang yang amat merindui umatnya iaitu Muhammad Rasulullah S.A.W. Baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadah Qurban. Ini kerana ibadah Qurban mempunyai banyak fadhilat yang memberikan kelebihan kepada mereka yang melaksanakannya. Di dalam hadis baginda yang menyatakan tentang kebaikan Qurban, "tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Qurban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (menyembelih qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku, dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang Qurban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berQurban itu". (Riwayat Imam at-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Kemeriahan Ibadah Qurban Bersama Madrasah Hashimiah

Gotong-royong melapah daging
Sukarelawan memotong dan mengagihkan daging
U.Hashim dan En. Muhammad selepas menyembelih binatang qurban
Madrasah Hashimiah
telah melakukan ibadah Qurban tahun ini bersama mereka yang menyertai melakukan
ibadah qurban melalui madrasah ini. Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kambing dijadikan
ibadah qurban pada tahun ini. Pengetua madrasah ini sendiri yang menjalankan
sembelihan keatas binatang-binatang qurban ini dan kerja-kerja yang lain
dilakukan secara gotong-royong iaitu melapah dan membungkus daging-daging
qurban dilakukan bersama staf madrasah hashimiah, kindness, dan orang ramai.
Selepas kerja melapah daging dan membungkus daging-daging qurban untuk
diagihkan selesai, kira-kira sebanyak 700 kilogram daging termasuk organ
diperolehi dan ini akan membantu masyarakat Islam di sekitar kawasan ini dan
akan meringankan beban yang dihadapi mereka. Selain itu, mereka juga dapat
menikmati suasana hari raya Qurban walaupun mereka tidak dapat melakukan ibadah
qurban pada masa kini.
Proses pendaftaran dan pembahagian kupon
Mnedapat sambutan yang memberangsangkan
U.Hashim memberikan daging qurban kepada yang memerlukan
Berkongsi kegembiraan hari raya qurban
Madrasah Hashimiah ini
dikelilingi oleh ramai pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya, Oleh yang
demikian, penduduk Islam yang miskin dan tidak berkemampuan juga sangat ramai.
Pihak madrasah menjangkakan akan berlakunya perebutan daging qurban sekiranya
tidak dikawal dan keadaan akan menjadi sangat kelam kabut. Untuk mengelakkan
kejadian ini berlaku, Madrasah Hashimiah memperkenalkan sistem kupon kepada
penerima daging qurban iaitu mereka perlu mendaftarkan diri dahulu untuk
mendapat kupon tersebut kemudian barulah mereka boleh mendapat daging qurban.
Langkah ini adalah sangat sistematik untuk mengelakkan masyarakat di sini
berebut untuk mendapatkan daging qurban. Lebih kurang 300 keluarga menerima
daging qurban tersebut melalui sistem kupon ini dan seperti yang dijangka,
tidak berlakunya perebutan dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Daging qurban untuk madrasah juga ada bagi menambahkan stok makanan kanak-kanak
di madrasah ini sekaligus mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh madrasah
dalam jangka masa tertentu kerana madrasah ini sentiasa mengalami kekurangan
bekalan bahan makanan mentah seperti daging dan lain-lain lagi. Namun, melalui
ibadah qurban yang dijalankan, bekalan bahan makanan mentah dapat dipenuhi
untuk sementara waktu dan ini akan dapat mengenyangkan perut kanak-kanak di
madrasah ini.
Pihak Madrasah Hashimiah sangat bersyukur kerana dapat melakukan ibadah Qurban pada tahun ini
dan berterima kasih kepada mereka yang melakukan ibadah Qurban bersama MadrasahHashimiah. Walaupun penyertaan tidaklah ramai namun cukup untuk membantu
golongan yang amat memerlukan. Oleh yang demikian, diharapkan ibadah Qurban
pada tahun hadapan akan disertai oleh ramai lagi individu yang berkemampuan dan
berkeinginan untuk melakukan ibadah Qurban bersama Madrasah Hashimiah. Sasaran
ibadah Qurban pada tahun hadapan adalah sebanyak yang mungkin dan sekiranya
berkemampuan akan membeli lembu yang cukup sihat, sifat, dan mempunyai kuantiti
daging yang banyak. Sekali lagi, Pihak Madrasah Hashimiah berterima kasih
kepada mereka yang melakukan ibadah Qurban bersama Madrasah Hashimiah dan
diharapkan mereka akan terus membantu madrasah untuk saham mereka di akhirat
kelak.
Muhammad Fauzan Nazreensyah B Yunus
Pelajar Praktikal UKM
Madrasah Hashimiah